Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.

Talian Internet Terlalu Perlahan

4
Nampaknya saya menghadapi satu cabaran yang cukup hebat.Saya sudah merancang untuk bergiat serius dalam kerjaya online sama ada sebagai Blogger,Usahawan Internet dan Internet Marketer.Permulaan yang kurang memberangsangkan kerana saya menggunakan perkhidmatan Penyedia Internet berjenama M.

Isyarat yang berlegar di kawasan Kota Samarahan Sarawak adalah GPRS.Teknologi EGDE dan yang sewaktu dengannya jarang-jarang diperolehi.Situasi ini menyebabkan saya tidak dapat sambungan internet ke Google,Yahoo dan Bing dengan lancar.Jadi bagaimana nak menyelusuri laman web yang dihendaki.

Saya sudah beberapa kali membuat aduan ke talian bebas tol.Jawapan mereka masalah ini akan selesai dalam masa 24 jam.Namun saya tidak boleh menunding jari kepada mereka untuk menyatakan mereka salah 100 peratus  dalam situasi ini.Masih ada syarikat C dan D sebagai pilihan lain.Saya sahaja yang belum mampu untuk bertukar talian dalam masa terdekat ini.Penukaran melibatkan kos ringgit bertambah.

Jalan terbaik saya cuba bersabar.Mana tahu ada hikmah disebaliknya.Setiap kejadian menyatakan mesej kepada kita supaya gunakan akal dan bukan menggunakan emosi.Akal yang bijak harus berada di atas untuk menguasai emosi yang dangkal itu.

Sebagai pengubat hati yang lara dan geram saya menukilkan beberapa pantun nasihat.Moga-moga saya dan pembaca dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah dan pantun tersebut.


Bawa bekal pergi ke taman,
Bekal dibungkus dalam guni;
Sabar itu separuh dari iman,
Tanda kuatnya hati nurani.


Pemuda tampan ada gayanya,
Membawa keris bersama galah
Hati gelisah ada penawarnya,
Mari bertenang ingatkan Allah.


Buah saga berwarna merah,
Elok dibuat hiasan lara;
Apa guna marah-marah,
Nanti syaitan riang gembira.

Cabaran Mencari Duit Di Internet

3
kesihatan
Memang diakui mencari duit melalui internet bukan perkara mudah.Namun ada yang telah berjaya sehingga meraih pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan.Malah ada yang sudah mencapai taraf jutawan menerusi medium internet.

Dalam pada itu ramai yang tersungkur,tumpas dan akhirnya berputus asa mengejar cita-cita.Golongan ini berpendapat mencari duit melalui internet terlalu mustahil,sukar dan membuang masa.Mereka telah mencuba sekerat jalan.Melabur sedikit duit dan masa.Akhirnya tiada keputusan yang memuaskan.

Golongan otai internet mengakui cabaran mencari pendapatan terdiri daripada:

1.Tiada pengetahuan dan maklumat.

Internet itu sendiri gedung ilmu dan maklumat yang kita boleh perolehi secara percuma.Orang rajin dan mempunyai keazaman yang tinggi pasti boleh berjaya .

2.Tidak fokus dengan apa yang mereka lakukan.

Rata-rata orang yang berkecimpung dalam bidang internet tidak fokus.Sekejap buat benda lain.Lain masa buat kerja lain pula.

3.Terikut-ikut dengan kawan

Memang tidak dinafikan manusia adalah makhluk yang paling mudah terpengaruh.Apa yang orang lain buat akan diikuti tanpa memikirkan baik dan buruknya.Kadang-kadang perkara yang mereka lakukan tidak sesuai dengan jiwa dan kemampuan mereka.Lain orang lain cara.Rezeki lain lain.


Setakat ini dulu perkongsian saya buat masa ini.Sudah pasti saya akan mengaitkan dengan beberapa rangkap pantun berkaitan duit.


Ubat batuk rasanya pahit,
Ditelan bersama seketul halia,
Sana duit sini duit,
Kerana duit orang bahagia.


Anak muda jumpa matair,
Siap berhias pakai seluar;
Duit itu seperti air,
Sentiasa masuk dan keluar.


Batang Rejang airnya tenang,
Airnya mengalir ke hulu Kapit;
Ada duit menjadi senang,
Tiada duit menjadi sempit.

Sakit mata yang berlarutan

0

Salam ceria,

Saya tidak menduga sama sekali saya menderita sakit mata agak teruk kali ini. Selepas bangun tidur saya merasakan tahi mata agak banyak berbanding biasa.Tanpa membuang masa saya bergegas ke klinik kesihatan yang berdekatan sekitar jam 3 petang.

Setelah melalui prosedur pemeriksaan saya memang disahkan mengalami sakit mata yang mudah berjangkit.Saya diberi ubat titis mata Chloramphenicol dan pil kecil Chlorpheniramine serta pil besar iaitu paracemol.Apa yang menariknya ubat-ubat ini boleh diambil apabila perlu sahaja.

Setelah tiga hari kesakitan mata mula terasa.Demam selesema menjadi pakej pelengkap.Dikala sakit begini saya mula merasakan bahawa nikmat sihat.Sepatutnya saya mensyukuri apa apa pemberian yang Allah SWT kurniakan selama ini.

Mata saya semakin merah dan pedih.Saya terpaksa lebih kerap menitiskan ubat mata.Saya risau penyakit mata saya ini berjangkit kepada ahli keluarga.Memang benar isteri saya terus terkena jangkitan selang sehari.Sehingga hari ini saya terus berusaha untuk memulihkan keadaan.

Dicelah-celah ruang waktu yang  terbatas dengan demam dan derita sakit mata saya cuba menghasilkan beberapa rangkap pantun yang bertemakan mata.

Kisah Awang mencari Dayang,
Kekasih hati duduk di jeti;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Gadis seberang menjadi rebutan,
Cantik menawan renungan mata;
Hati-hati angkara syaitan,
Biasanya mata menjadi senjata.

Sayup-sayup anjing menyalak,
Kerana diikat di pohon jati;
Kalau hendak mengenal akhlak,
Lihatlah diri dengan mata hati.

Hobi baru : memelihara ikan koi

2

Salam sejahtera

Hobi memelihara binatang merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan .Dikatakan hobi begini menjadi terapi minda yang cukup hebat.Pengemar ikan contohnya merasa tenang dan bahagia setelah melihat ikan makan,berenang-renang dan bertindak balas dengan tuannya.

Pada mulanya saya sendiri tidak menyedari saya berminat dengan haiwan ternakan ini.Baru-baru ini ada anggota keluarga membeli anak ikan koi beserta akuarium.Ada 3 ekor dengan warna yang berlainan.Kelibat ikan-ikan ini cukup mengembirakan saya terutama ketika memberi makanan.Malahan setiap hari ikan-ikan ini seolah-olah meminta makanan setiap kali saya melintasi akuarium sama ada pada waktu pagi maupun petang.Tidak keterlaluan dikatakan sudah wujud rasa kasih sayang dengan anak ikan koi tersebut.

Antara rutin harian yang saya lakukan  dengan anak ikan koi memberi makan tiga ke empat kali sehari.Seminggu sekali menukar air dan membersihkan akuarium.Tujuannya supaya ikan sentiasa dalam air yang bersih dan cukup oksigen.Ini merangsang pertumbuhan ikan dengan lebih cepat dan sihat.

Akhirnya tercetuslah idea saya untuk mencipta beberapa rangkap pantun yang bertemakan ikan.Mudah-mudahan dapat menghiburkan minda dan memperkayakan lagi koleksi pantun dalam blog ini.

Awan mendung di ufuk barat,
Bayu senja berarak mega;
Ikan di laut asam di darat ,
Dalam kuali bertemu juga.

Mengail ikan di pulau Tioman,
Umpan dimakan ikan sembilang;
Waktu lapang bersama teman,
Hati senang bertambah girang.

Pendekar berdiri keris terhunus,
Menentang musuh dalam hutan;
Kisah tauladan Nabi Yunus,
Ditelan ikan tengah lautan.

Proses BelajarTarik Trafik ke blog

0

Salam ceria dan bahagia!



Sudah menjadi hukum dunia bahawa setiap perkara perlu dipelajari dahulu sebelum kita mengetahui dan menjadi mahir.Proses belajar ini berbeza-beza mengikut kemampuan akal,keinginan dan faktor persekitaran.Ada yang cepat sepantas kilat.Tidak kurang juga yang lambat umpama kura-kura.

Namun tujuan belajar adalah sama.Destinasi tetap sama.Terpulang sampai atau tidak bergantung kepada nilai dan cara berfikir  seseorang.Orang berjaya boleh sampai ke tempat yang diinginkan.Orang gagal sudah tentu tersungkur di pertengahan jalan.

Alhamdullilah pada waktu ini berpeluang untuk saya belajar tarik trafik ke blog setelah mendapat info dari beberapa blog yang saya lawati.Kebanyakan mereka mengaplikasikan sendiri ilmu ini sebelum dikongsikan kepada pelawat di blog mereka.Sudah tentu ada yang berkesan dan perkara ini telah disepakati oleh para blogger secara tidak langsung.

Antaranya ialah:

Melawat blog ke blog

Aktiviti melawat blog dikenali sebagai blog walking.Ketika melawat silalah baca dan buat komen pada ruangan yang disediakan.Tinggalkan nama dan email serta laman blog sendiri seperti yang dihendaki.Cuba elakkan untuk mempromosi blog sendiri secara langsung.Takut-takut empunya blog mengelar kita sebagai gelojoh dan kurang beradap sewaktu berkunjung ke laman orang.Saya amat menyarankan blog ini wajar dikunjungi.

Antaranya blog denai hati,justkhai,tehramuan,smartusaha dan banyak lagi.

Mengemaskini blog secara konsisten

Rata-rata blog yang saya lawati dikemaskini setiap hari.Keadaan ini pasti mengumpan pelawat untuk datang kerap kali.Mereka akan rasa kerugian jika tidak mengikuti perkembangan blog yang kita kemaskini tersebut.Namun begitu saya cukup faham ada dikalangan kita memang sibuk dan tiada kesempatan untuk berada dalam talian selalu.Jadi kemaskinikan blog seminggu sekali.Paling tidak pun sebulan ada empat kali.

Penulisan entri yang berinformasi

Tujuan pelawat ke blog kita cukup jelas.Mereka dahagakan informasi yang boleh menyelesaikan masalah yang dideritai.Ini bermaksud blog-blog yang menjadi tumpuan ramai mempunyai informasi yang berguna,segar dan praktikal untuk diamalkan.Semua perkara ini mereka mahu secara percuma.Sudah menjadi azali manusia suka perkara percuma.Beli dua dapat percuma satu.Jadikan niat untuk menyebarkan maklumat bermanfaat yang percuma itu satu ibadah.

Mempromosi menggunakan media sosial

Kita hidup bermasyarakat.Terlalu mustahil hidup keseorangan itu bahagia.Malah orang yang hidup sebatang kara pun masih perlukan manusia lain untuk berbual dan menghilangkan kesunyian.Mungkin keperluan ini menjadi ilham kepada pengasas media social seperti Facebook,Tweeter dan sewaktu denganya.Jadi kewujudan Facebook dan Tweeter yang menjadi fenomena dewasa ini harus dimanfaatkan.Guna media social ini sebagai medan mempromosi blog sendiri atau kawan-kawan.Siapa yang paling kuat usaha promosi dialah yang berhak untuk mendapat kebanjiran trafik  ke blognya.

Sebagai penutupnya saya akan kongsikan beberapa rangkap pantun untuk santapan hati dan mainan emosi.Itupun saya usahakan sedaya upaya supaya maksud pantun menepati entri blog yang tuliskan ketika ini.

Anak kecil menangis  malam,
Ibubapa mata bersengkang mata;
Adat berkunjung memberi salam,
Salam diterima mesra dipinta.

Air yang tenang ada udang,
Udang dipanggang atas bara;
Pelawat datang memang diundang,
Pasti membawa khabar gembira.

Kain songket seni sulaman,
Hanya dipakai orang kaya;
Hanya blog tempatku berkarya,
Wadah teknologi peredaran zaman.



Usaha tangga kejayaan

2

Salam pertemuan,



Biar saya ceritakan sendiri bagaimana saya belajar merangkak dalam dunia blog.Sekarang pun masih dalam proses belajar supaya benar-benar mahir selok belok blog.Namun belum bersedia untuk ada blog yang ada hosting berbayar.Cuma pada masa akan datang saya bercadang untuk mendapat hosting dan domain di sini

Saya bermula membuat blogspot di akaun Google pada tahun 2009.Terkial-kial juga dibuatnya.Maklum sahajalah tiada pengetahuan khusus atau ilmu berkaitan.Formula biasa digunakan DIY atau Do It Yourself.Memang memakan masa yang berjam-jam.Kadang-kadang berminggu dibuatnya.Hasil agak suram.Tak cantik.Nak tahu silakan klik di sini.
Tahun 2010 sehingga 2012 saya berhenti seketika membuat blog.Mengapa begitu lama?Sebabnya saya tiada peluang untuk akses internet selepas 2010.Ada halangan terbesar yang melibatkan soal kewangan.

Kini saya kembali dalam usaha belajar supaya dapat berjaya sebagaimana blogger yang tersohor.Blogger yang sudah ada pendapatan untuk menyara kehidupan.Segala usaha saya ini telah saya rakamkan melalui beberapa pantun di bawah:


Udara segar di waktu fajar,
Menambah selera ketika makan,
Saya insan suka belajar;
Kalau salah tolong tegurkan.


Wanita seberang menjual jamu,
Jamu dimakan bersama lokan;
Baik baik mencari ilmu,
Ilmu akhirat jangan dilupakan.


Pagi-pagi ke Siburan,
Singgah lalu di taman buaya;
Blog kini menjadi sandaran,
Mencipta kejayaan di alam maya.



Permulaan itu perit dan pengakhiran itu nikmat

0

Salam 1Malaysia,

 
Orang dulu-dulu pernah berkata kalau hendak seribu daya,kalau tak hendak seribu dalih.Melihat kepada pepatah ini dapat kita tafsirkan bahawa untuk mendapat sesuatu kita mesti berusaha mencari cara,kaedah dan formula yang terbaik.

Proses ini pasti mengambil masa yang panjang.Menang benar ramai orang yang sudah berjaya berpesan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.Bahkan orang putih turut mengambil pepatah iaitu ‘no pain,no gain’.

Amat wajar sekali sebagai insan biasa yang bercita-cita untuk berjaya dalam apa jua lapangan bidang yang diceburi mengambil iktibar pantun yang saya kongsikan dibawah ini.Memang benar medium untuk berjaya sekarang ini memerlukan gajet-gajet teknologi.Perlu diingatkan kejayaan mesti disertai dengan kemahiran dan pengetahuan.Pada dasarnya kita masih perlukan ‘tenaga’ sebagaimana pantun ini.

Berakit-berakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

 
Kalau hujan sediakan payung,
Belum bersedia basah jawapnya;
Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Mana mungkin mendapat sagunya.

 
Pagi-pagi membeli asam,
Buat bekal ke pulau berangan;
Alang-alang memeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

 
ps: Ingin memiliki website menarik sila layari di sini

Copyright © Blog Pantun Melayu

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog