Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.

Proses BelajarTarik Trafik ke blog

0

Salam ceria dan bahagia!



Sudah menjadi hukum dunia bahawa setiap perkara perlu dipelajari dahulu sebelum kita mengetahui dan menjadi mahir.Proses belajar ini berbeza-beza mengikut kemampuan akal,keinginan dan faktor persekitaran.Ada yang cepat sepantas kilat.Tidak kurang juga yang lambat umpama kura-kura.

Namun tujuan belajar adalah sama.Destinasi tetap sama.Terpulang sampai atau tidak bergantung kepada nilai dan cara berfikir  seseorang.Orang berjaya boleh sampai ke tempat yang diinginkan.Orang gagal sudah tentu tersungkur di pertengahan jalan.

Alhamdullilah pada waktu ini berpeluang untuk saya belajar tarik trafik ke blog setelah mendapat info dari beberapa blog yang saya lawati.Kebanyakan mereka mengaplikasikan sendiri ilmu ini sebelum dikongsikan kepada pelawat di blog mereka.Sudah tentu ada yang berkesan dan perkara ini telah disepakati oleh para blogger secara tidak langsung.

Antaranya ialah:

Melawat blog ke blog

Aktiviti melawat blog dikenali sebagai blog walking.Ketika melawat silalah baca dan buat komen pada ruangan yang disediakan.Tinggalkan nama dan email serta laman blog sendiri seperti yang dihendaki.Cuba elakkan untuk mempromosi blog sendiri secara langsung.Takut-takut empunya blog mengelar kita sebagai gelojoh dan kurang beradap sewaktu berkunjung ke laman orang.Saya amat menyarankan blog ini wajar dikunjungi.

Antaranya blog denai hati,justkhai,tehramuan,smartusaha dan banyak lagi.

Mengemaskini blog secara konsisten

Rata-rata blog yang saya lawati dikemaskini setiap hari.Keadaan ini pasti mengumpan pelawat untuk datang kerap kali.Mereka akan rasa kerugian jika tidak mengikuti perkembangan blog yang kita kemaskini tersebut.Namun begitu saya cukup faham ada dikalangan kita memang sibuk dan tiada kesempatan untuk berada dalam talian selalu.Jadi kemaskinikan blog seminggu sekali.Paling tidak pun sebulan ada empat kali.

Penulisan entri yang berinformasi

Tujuan pelawat ke blog kita cukup jelas.Mereka dahagakan informasi yang boleh menyelesaikan masalah yang dideritai.Ini bermaksud blog-blog yang menjadi tumpuan ramai mempunyai informasi yang berguna,segar dan praktikal untuk diamalkan.Semua perkara ini mereka mahu secara percuma.Sudah menjadi azali manusia suka perkara percuma.Beli dua dapat percuma satu.Jadikan niat untuk menyebarkan maklumat bermanfaat yang percuma itu satu ibadah.

Mempromosi menggunakan media sosial

Kita hidup bermasyarakat.Terlalu mustahil hidup keseorangan itu bahagia.Malah orang yang hidup sebatang kara pun masih perlukan manusia lain untuk berbual dan menghilangkan kesunyian.Mungkin keperluan ini menjadi ilham kepada pengasas media social seperti Facebook,Tweeter dan sewaktu denganya.Jadi kewujudan Facebook dan Tweeter yang menjadi fenomena dewasa ini harus dimanfaatkan.Guna media social ini sebagai medan mempromosi blog sendiri atau kawan-kawan.Siapa yang paling kuat usaha promosi dialah yang berhak untuk mendapat kebanjiran trafik  ke blognya.

Sebagai penutupnya saya akan kongsikan beberapa rangkap pantun untuk santapan hati dan mainan emosi.Itupun saya usahakan sedaya upaya supaya maksud pantun menepati entri blog yang tuliskan ketika ini.

Anak kecil menangis  malam,
Ibubapa mata bersengkang mata;
Adat berkunjung memberi salam,
Salam diterima mesra dipinta.

Air yang tenang ada udang,
Udang dipanggang atas bara;
Pelawat datang memang diundang,
Pasti membawa khabar gembira.

Kain songket seni sulaman,
Hanya dipakai orang kaya;
Hanya blog tempatku berkarya,
Wadah teknologi peredaran zaman.



Related Posts On

No comments:

Post a Comment

Copyright © Blog Pantun Melayu

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog