Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.

Usaha tangga kejayaan

2

Salam pertemuan,



Biar saya ceritakan sendiri bagaimana saya belajar merangkak dalam dunia blog.Sekarang pun masih dalam proses belajar supaya benar-benar mahir selok belok blog.Namun belum bersedia untuk ada blog yang ada hosting berbayar.Cuma pada masa akan datang saya bercadang untuk mendapat hosting dan domain di sini

Saya bermula membuat blogspot di akaun Google pada tahun 2009.Terkial-kial juga dibuatnya.Maklum sahajalah tiada pengetahuan khusus atau ilmu berkaitan.Formula biasa digunakan DIY atau Do It Yourself.Memang memakan masa yang berjam-jam.Kadang-kadang berminggu dibuatnya.Hasil agak suram.Tak cantik.Nak tahu silakan klik di sini.
Tahun 2010 sehingga 2012 saya berhenti seketika membuat blog.Mengapa begitu lama?Sebabnya saya tiada peluang untuk akses internet selepas 2010.Ada halangan terbesar yang melibatkan soal kewangan.

Kini saya kembali dalam usaha belajar supaya dapat berjaya sebagaimana blogger yang tersohor.Blogger yang sudah ada pendapatan untuk menyara kehidupan.Segala usaha saya ini telah saya rakamkan melalui beberapa pantun di bawah:


Udara segar di waktu fajar,
Menambah selera ketika makan,
Saya insan suka belajar;
Kalau salah tolong tegurkan.


Wanita seberang menjual jamu,
Jamu dimakan bersama lokan;
Baik baik mencari ilmu,
Ilmu akhirat jangan dilupakan.


Pagi-pagi ke Siburan,
Singgah lalu di taman buaya;
Blog kini menjadi sandaran,
Mencipta kejayaan di alam maya.



Permulaan itu perit dan pengakhiran itu nikmat

0

Salam 1Malaysia,

 
Orang dulu-dulu pernah berkata kalau hendak seribu daya,kalau tak hendak seribu dalih.Melihat kepada pepatah ini dapat kita tafsirkan bahawa untuk mendapat sesuatu kita mesti berusaha mencari cara,kaedah dan formula yang terbaik.

Proses ini pasti mengambil masa yang panjang.Menang benar ramai orang yang sudah berjaya berpesan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.Bahkan orang putih turut mengambil pepatah iaitu ‘no pain,no gain’.

Amat wajar sekali sebagai insan biasa yang bercita-cita untuk berjaya dalam apa jua lapangan bidang yang diceburi mengambil iktibar pantun yang saya kongsikan dibawah ini.Memang benar medium untuk berjaya sekarang ini memerlukan gajet-gajet teknologi.Perlu diingatkan kejayaan mesti disertai dengan kemahiran dan pengetahuan.Pada dasarnya kita masih perlukan ‘tenaga’ sebagaimana pantun ini.

Berakit-berakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

 
Kalau hujan sediakan payung,
Belum bersedia basah jawapnya;
Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Mana mungkin mendapat sagunya.

 
Pagi-pagi membeli asam,
Buat bekal ke pulau berangan;
Alang-alang memeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

 
ps: Ingin memiliki website menarik sila layari di sini

Terjumpa Program Affialiate

0
Salam Pertemuan Hari Jumaat,

Hari ini hari yang amat bertuah kerana umat islam merayakan penghulu segala hari.Kaum lelaki diwajibkan solat jumaat.Kaum perempuan cuma disunatkan sahaja untuk ke masjid untuk menunaikan solat fardu jumaat.

Setelah puas mencari dan melayari internet saya terjumpa satu link untuk program buat duit online .Sesiapa yang berminat boleh menyertai sekali peluang ini.

Seperti biasa saya mengakhiri entri ini dengan pantun nasihat.

Ikan mati kerana tuba,
Jangan makan takut kecewa;
Hari jumaat kini tiba,
Saat dinanti insan bertakwa.

Pelancaran Template baru untuk Blog Pantun Melayu

0
Salam Pertemuan,


Alhamdullilah.Tercapai juga impian saya untuk mendapat template percuma disini.Oleh kerana saya terhutang budi maka saya terpanggil untuk mengiklankan secara lisan website ini.Terima kasih juga kepada pereka template ini yang bermurah hati untuk menyediakan secara percuma.

Oleh hal demikian saya sediakan pantun untuk mereka yang berkenaan.Semoga pantun ini dapat menyampaikan maksud saya.


Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar.
Hutang budi dibawa mati.

Musim Banjir

0

Salam perpaduan,

Sekarang musim banjir di pantai timur.Saya melahirkan rasa simpati kepada
mereka yang terbabit.Saya berharap mereka terus bersabar dan tabah
menghadapi ujian ini.

Dengan rasa rendah hati saya ingin mengingatkan mereka yang terlibat
meningkatkan tahap waspada terutama kepada ibubapa yang mempunyai
anak-anak kecil.

Atas keprihatinan saya menitipkan beberapa pantun untuk penghayatan
bersama.

Pak Leman bertanya khabar,
Dengar kajian berita peperangan ;
Nikmatnya iman kerana sabar,
Hadapi ujian dalam ketenangan.

Gadis desa menangis kesepian,
Ditinggal kekasih tanpa pesan;
Takwa dan iman menjadi impian,
Buat bekalan di hari pembalasan.

Pakai galah menjolok buahnya,
Buah sakti makan bersama roti;
Pinjaman  Allah tinggi nilainya,
Akan diganti di akhirat nanti.

Sekadar menguji..

0
Salam sejahtera.

Saya masih tercari-cari niche yang terbaik untuk blog peribadi saya.Bagaimanapun saya tidak mahu membuang masa begitu sahaja.Sambil sambil saya terus update blog pantun ini.Saya amat berbesar hati kalau ada yang sudi untuk berbalas pantun dengan saya.Sekurang-kurangnya saya tidak syok sendiri buat blog ini.

Saya kongsikan lagi beberapa rangkap pantun untuk renungan kita bersama seprti di bawah:

Pokok pauh pokok pinang,
Subur melata diberi baja;
Tempat jatuh lagi dikenang,
Inikan  pula tempat bermanja

Kain sutera kain satin,
Indah dipakai berbaju Melayu;
Berbaju hijau si pengatin,
Wajah berseri tampan bergaya.

Mak Lemah menjual tomyam,
Sayang sekali tiada yang sudi;
Lumrah Si kaya menjadi ayam,
Adat Si miskin menjadi padi.

Pantun Motivasi

0

Salam motivasi.

Kenderaan yang menjalar di jalanraya ketika ini memerlukan minyak untuk bergerak.Tanpa minyak kecuali kereta berenjin elektrik elektrik lumpuh sama sekali.Begitu juga perumpamaan kepada manusia apabila sudah tidak ada motivasi untuk melakulan apa jua aktiviti.Mereka akan mati sebelum ajal menjemput.Impak yang besar kepada kehidupan manusia ialah dorongan hati yang membara.

Tidak disangkal lagi motivasi ialah pengerak kepada keinginan  seseorang.Pengerak kepada usaha berterusan.Pemangkin kepada naluri untuk menempuh cabaran hidup.Anugerah motivasi kepada diri seseorang bermula kepada kejadian manusia.Sejak dalam rahim ibu lagi setelah detik pertama dilepaskan oleh insan yang bergelar bakal ayah.

Berikut ialah pantun motivasi yang cuba untuk mendekatkan kepada maksud sebenar.

Gadis jelita berbaju kebaya,
Nyanyian merdu bakat dikurnia;
Jiwa lesu tidak bermaya,
Lantaran hati sibuk hal dunia.

Jalan berlenggang maknya Leha,
Pergi seberang seorang diri;
Motivasi diri penggerak usaha,
Bakal berjaya penghujung hari.

Sungai Sarawak banyak buaya,
Buaya ganas menerima padah;
Berputus asa sifat bahaya,
Kelak merana sesal tak sudah.

Pantun Untuk Palestine

0

Salam perpaduan.

Sekarang ini dunia gempar dengan keadaan di Palestine.Pembunuhan yang dilakukan berleluasa atas
alasan membasmi ancaman keganasan.Tempat kediaman orang awam musnah dengan bedilan peluru berpandu.
Rata-rata nyawa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.Mereka inilah sasaran penting supaya generasi akan
datang pupus.Proses pembersihan etnik seumpama begini sudah dirancang lama.Sudah pasti juga mengambil masa yang
panjang juga.

Atas kesedaran untuk membantu pejuang-pejuang Palestine mempertahankan maruah mereka saya menitipkan beberapa
pantun untuk renungan bersama.Jauh dalam lubuk hati saya berdoa agar perjuangan mereka mendapat balasan syurga.
Mudah-mudahan mereka yang terkorban menjadi syahid di jalan Allah.Amin.Ya Rabbil Alamin.

Membina tembok menyusun bata,
Bata dialas kerana panas;
Palestine bergolak rakyat menderita,
Bahana Zionis berjiwa ganas.

Mengikat tali bersusah payah,
Tali diikat di pohon labu;
Anak kecil kehilangan ayah,
Meratap sayu dipangkuan ibu.

Pemuda gagah dari desa,
Berjalan segak berbaju merah;
Semenanjung Gaza rebutan kuasa,
Pantang menyerah berpatah arah.

0

Salam 1Malaysia,

Alhamdullillah saya berkesempatan untuk 'Online' lagi.Seperti biasa saya akan berkongsi lagi pantun bahasa.Saya cukup teruja untuk mencintai bahasa Melayu kerana bahasa jiwa bangsa.Bangsa yang maju akan memartabatkan bahasa.Jom kita hayati pantun ini.


Pakai baju berbutang suasa,
Tampak seri pahlawan budiman;
Indah budi kerana bahasa,
Cerminan diri zaman berzaman.

Letih duduk  mari berdiri,
Kalau mengantuk lelapkan mata;
Budaya bangsa jati diri,
Warisan berharga tamadun kita.

Singgah ke pekan hari selasa,
Tengah mencari ikan tenggiri,
Bahasa ibunda warisan bangsa;
Perlu dipelihara jati diri.





0
Salam hujung minggu,

Sekali lagi saya berkesempatan untuk berkongsi pantun untuk anda semua.Harapan   mendapat sedikit manfaat.Paling tidak berminat untuk meluaskan penggunaan seni berpantun dalam hidupan harian.

Pak Leman bertanya khabar,
Dengar kajian berita peperangan ;
Nikmatnya iman kerana sabar,
Hadapi ujian dalam ketenangan.

Pantun Kasih Sayang

0

Selamat bertemu kembali,

Pada kali ini saya ingin berkongsikan 3 rangkap pantun yang berkonsep kasih sayang.Saya tahu ramai yang suka dan gemar dengan pantun kasih sayang kerana ia cukup dekat dengan kita.
Setiap insan di dunia memiliki nilai kasih sayang dalam diri mereka.Tidak kira siapa mereka kerana kasih sayang merupakan satu anugerah yang Allah SWT bekalkan untuk kehidupan dunia..
Mari kita hayatikan bersama:

Pohon pauh dicelah mempelam,
Daun rimbun bawah lapisan;
Jiwa lara siang dan malam,

Batin merana kerana kerinduan


Cincin emas bertahtah belian,
Sayangnya jatuh dalam perahu;

Hati susah kurang belaian,

Jiwa resah siapa yang tahu.


Tebas rumput dengan parang,
Rehat sebentar sebelum ke huma;

Hati kasih pada seorang,
Terkenang nikmat rindu bersama.
0

Salam 1Malaysia,
 
Saya akan berkongsi 3 pantun untuk entri blog kali ini.Saya belum membuat pengelasan jenis pantun.Buat permulaan saya cuma campur aduk pelbagai pantun.

Untuk pengetahuan semua saya menghasilkan pantun ini dengan harapan dan niat agar warisan seni berpantun terus hidup dan subur.Jika dahulu orang berpantun secara spontan baik untuk tujuan menyindir,menegur dan menyatakan hasrat di hati.

Sekarang ini saya berusaha untuk menambah peminat pantun di alam siber.Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada rantau nusantara maupun seantero dunia.

 

Mari kita hayati bersama pantun-pantun ini:
 
Ayam bertelur itik mengeram,
Kambing beranak  belakang  tabir;

Hati tenang jiwa tenteram,
Kerana zikir basah dibibir.

 

 

Gadis desa menangis kesepian,
Ditinggal kekasih tanpa pesan;

Takwa dan iman menjadi impian,
Buat bekalan di hari pembalasan.


 

Orang Kayan orang kenyah,
Berbilang bangsa adat dijulang;

Enak lauk dikunyah kunyah,
Enak kata diulang-ulang.

 

 

 

 

 
 

 

 
0
Pohon rendang pokok ara,
Buat penghadang angin bayu,
Salam perkenalan pembuka bicara:
Bicara kata pantun Melayu.

Copyright © Blog Pantun Melayu

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog