Salam 1Malaysia,
Saya akan berkongsi 3 pantun untuk entri blog kali
ini.Saya belum membuat pengelasan jenis pantun.Buat permulaan saya cuma campur
aduk pelbagai pantun.
Untuk pengetahuan semua saya menghasilkan pantun ini
dengan harapan dan niat agar warisan seni berpantun terus hidup dan subur.Jika
dahulu orang berpantun secara spontan baik untuk tujuan menyindir,menegur dan
menyatakan hasrat di hati.
Sekarang ini saya berusaha untuk menambah peminat
pantun di alam siber.Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada rantau
nusantara maupun seantero dunia.
Mari kita hayati bersama pantun-pantun ini:
Ayam bertelur itik mengeram,
Kambing beranak
belakang tabir;
Hati tenang jiwa tenteram,
Kerana zikir basah dibibir.
Gadis desa menangis kesepian,
Ditinggal kekasih tanpa pesan;
Takwa dan iman menjadi impian,
Buat bekalan di hari pembalasan.
Orang Kayan orang kenyah,
Berbilang bangsa adat dijulang;
Enak lauk dikunyah kunyah,
Enak kata diulang-ulang.
No comments:
Post a Comment