Home
→ Pantun Motivasi
Pantun Motivasi
Salam motivasi.
Kenderaan yang menjalar di jalanraya ketika ini memerlukan minyak untuk bergerak.Tanpa minyak kecuali kereta berenjin elektrik elektrik lumpuh sama sekali.Begitu juga perumpamaan kepada manusia apabila sudah tidak ada motivasi untuk melakulan apa jua aktiviti.Mereka akan mati sebelum ajal menjemput.Impak yang besar kepada kehidupan manusia ialah dorongan hati yang membara.
Tidak disangkal lagi motivasi ialah pengerak kepada keinginan seseorang.Pengerak kepada usaha berterusan.Pemangkin kepada naluri untuk menempuh cabaran hidup.Anugerah motivasi kepada diri seseorang bermula kepada kejadian manusia.Sejak dalam rahim ibu lagi setelah detik pertama dilepaskan oleh insan yang bergelar bakal ayah.
Berikut ialah pantun motivasi yang cuba untuk mendekatkan kepada maksud sebenar.
Gadis jelita berbaju kebaya,
Nyanyian merdu bakat dikurnia;
Jiwa lesu tidak bermaya,
Lantaran hati sibuk hal dunia.
Jalan berlenggang maknya Leha,
Pergi seberang seorang diri;
Motivasi diri penggerak usaha,
Bakal berjaya penghujung hari.
Sungai Sarawak banyak buaya,
Buaya ganas menerima padah;
Berputus asa sifat bahaya,
Kelak merana sesal tak sudah.
About Me
Blog Pantun Melayu : Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.
Blog Pantun Melayu: Pantun Motivasi -
Posted By: mrhanafi.com On: 25/12/2012
Blog Pantun Melayu: Pantun Motivasi -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jumlah Paparan
13794
Anda suka pantun
Link Kegemaran dan Pertukaran
Lihat Feedjit
Blogroll
Blogger templates
Peminat Budiman
Blogger news
Blogger templates
Feedjit
Empunya Diri
Mencari Blog ini
Popular Posts
-
Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk review blog Cahaya Cinta .Satu blog yang cantik dan bercirikan feminin.Gaya bahasa yang sedap untuk ...
-
Selamat bertemu kembali, Pada kali ini saya ingin berkongsikan 3 rangkap pantun yang berkonsep kasih sayang.Saya tahu ramai yang suka da...
-
Pemilik sah blog hairulafiz(dot)com ialah Saudara Hairul Hafiz Karim.Beliau mengakui masih beginer dalam dunia blog.Saya tabik hormat de...
-
Saya tertarik untuk singgah ke blog ini buat pertama kali kerana judul blog yang unik dan menarik.Ternyata isi kandungan memang...
-
Perasaan ingin tahu begitu berkobar-kobar sewaktu menjelajah ke blog ini buat pertama kali.Sebab yang jelas kerana nama blog yang lain se...
-
Salam motivasi. Kenderaan yang menjalar di jalanraya ketika ini memerlukan minyak untuk bergerak.Tanpa minyak kecuali kereta berenjin ele...
-
Salam pertemuan, Biar saya ceritakan sendiri bagaimana saya belajar merangkak dalam dunia blog.Sekarang pun masih dalam proses...
-
Duit adalah keperluan utama dalam kehidupan harian.Dengan adanya duit boleh menyara kehidupan bagi melengkapi keperluan asas seperti makana...
-
Saya tidak layak juga sebenarnya untuk menilai blog ini yang terkenal dan mendapat nama dikalangan para blogger.Namun dengan rasa rendah h...
No comments:
Post a Comment