Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.

Berpindah ke blog baru

0
                 http://ingathanafi.blogspot.com

Mari Mengenali Hairulafiz dot com

3
Pemilik sah blog hairulafiz(dot)com ialah Saudara Hairul Hafiz Karim.Beliau mengakui masih beginer dalam dunia blog.Saya tabik hormat dengan beliau kerana reputasi yang cukup mengkagumkan.

Berdasarkan info dari blog Akubiomed saudara Hairul merupakan komentar terbanyak.Selain itu beliau juga mencatat trafik yang tinggi dalam laporan entri baru baru ini.Sudah pasti blognya popular dan namanya harum dikalangan para blogger.Sejujurnya saya kagum dan mengucapkan tahniah atas percapaian tersebut.

Seimbas lalu rupa blog hairulafiz sederhana namun menarik.Berlatarbelakang warna putih memang serasi dengan mata memandang dan membacanya.Kebanyakan blog-blog terbaik menggunakan platform begini supaya isi kandungan jelas menyampaikan mesejnya.Selain itu tiada grafik yang melampau dapat mempercepatkan blog ini dibuka.Satu panduan kepada saya yang masih bertatih dalam dunia blog.

Ada enam segmen yang berada di blog ini dengan entri-entri yang berkualiti,padat dan santai.Kepada mereka yang belum singgah ke blog ini
jangan malu-malu.Datanglah segera dan buat komen yang sewajarnya.Tuan punya blog akan singgah ke blog anda selepas itu.Kisah benar ini ada berlaku dengan saya sendiri.Jadi saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan kebenarannya.

Seperti biasa saya menghadiahkan serangkap pantun untuk Saudara Hairul Hafiz Hakim yang berjaya menjadi blogger berpotensi melalui blog Hairulafiz dot com.Bab mengarang pantun ini agak mengambil masa sedikit.Lainlah kepada Tuan tehramuan dan Puan Suri yang lancar dalam segmen berpantun.


Burung-burung riang bersiul,
Hinggap sebentar di pohon pinang;
Bertuah badan saudara Hairul,
Blog hebat trafik mencanang.

p/s:Maaf ya kalau terkasar bahasa atau terguris emosi jika coretan ini  kurang   menyenangkan.

p/p/sSmile with tongue outPlease give me support with your



Berkunjung ke blog Suri : Cahaya Cinta

6

Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk review blog Cahaya Cinta.Satu blog yang cantik dan bercirikan feminin.Gaya bahasa yang sedap untuk dibaca dan mudah difahami.Jadi saya seronok membaca entri dalam blog Cahaya Cinta.

Dari pemerhatian saya Puan Suri iaitu pemilik rasmi blog Cahaya Cinta suka buat komen yang banyak.Biasanya 3 komen untuk satu entri dalam blog tehramuanTeknik ini berkesan untuk menarik perhatian pengomen lain. Sebabnya lain dari yang lain.

Kepada para kaum wanita diluar sana saya syorkan lawatilah blog Cahaya Cinta kerana ada satu segmen kedai online.Apa lagi marilah menempah untuk dapatkan hasil tangan Puan Suri sendiri.Barang-barang ini dikatakan sentiasa ditambah stok dan diingatkan boleh menempah bila-bila masa.

Tidak lupa juga kepada mereka yang berjiwa sentimental ada zon rahsia bercinta.Amat sesuai untuk panduan kepada anak-anak remaja atau emak remaja.Orang yang berilmu lebih bijak membuat keputusan terutama melibat soal cinta.

Alamak setakat ini sahaja review saya.Saya sudahi review ini dengan pantun khas untuk pembaca dan peminat setia blog Cahaya Cinta.


Bunga merah bunga raya,
Bunga mawar ada duri;
Blog Puan Suri tempat berkarya
Cahaya Cinta nama diberi.

ps:Terkasar bahasa atau tersilap fakta minta dimaafkan.Mohon permisi.

pps:Sudi-sudilah sumbangkan tip untuk Paypay saya.

Terjah blog anak ulu cheka(auc)

2
Perasaan ingin tahu begitu berkobar-kobar sewaktu menjelajah ke blog ini buat pertama kali.Sebab yang jelas kerana nama blog yang lain sedikit.Setelah diselidiki barulah saya faham kenapa  blog ini mempunyai nama sedemikian rupa.

AUC dimiliki oleh Tok Putih   yang berasal dari kampung Ulu Cheka Jerantut Pahang.Telah memulakan blog di blogspot sebelum bertukar ke Wordpress.Dikhabarkan sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.Saya menilai beliau seorang yang kacak bergaya walaupun beliau merendah diri sebagai orang kampung.



Entri dalam blog ini memang penuh dengan gambar yang besar-besar.Seronok tengok.Orang kata gambar sahaja boleh menggantikan 1000 patah perkataan untuk menyampaikan mesej.
Sesuatu yang menarik juga Tok Putih pernah berkunjung ke blog saya.Jadi terima kasih daun keladi.Lain kali singgahlah lagi.Jadi tidak hairan juga ramai pengunjung yang datang ke blog auc yang sentiasa menghargai tetamunya.

Saya menyarankan kepada sesiapa yang ingin menempah iklan silalah menghubungi Tok Putih.Dari kajian rambang saya blog AUC berpotensi tinggi untuk mendapat trafik yang sesak.Mahu rasanya untuk mengulas panjang namun standard review saya ringkas,santai dan bermanfaat kepada empunya blog tersebut.

Untuk mengakhiri review  blog ini saya menyelitkan satu rangkap pantun khas kepada Tok Putih dan blog anak ulucheka.



Pakai baju berbutang suasa,
Indah tampan bersama teman;
Orang kampung berbudi bahasa,
Tak akan luput ditelan zaman.


ps: Mohon permisi di sini. Andai salah kata dan terguris jiwa maafkan hamba.

pps:Sudi-sudilah sumbangkan tip kepada Paypay saya.


Meninjau Blog tehramuan

7



Saya tertarik untuk singgah ke blog ini buat pertama kali kerana judul blog yang unik dan menarik.Ternyata isi kandungan memang baik punya.Kadar trafik pun boleh tahan.


Adalah lebih elok saya copy dan paste maklumat blog ini untuk perkongsian semua.


Tehramuan bermula di tapak percuma blogspot. Ia lahir setelah menerima cabaran dari seorang rakan blogger untuk membuat, mempunyai dan menguruskan blog sendiri, setelah lebih setahun menguruskan blog sebuah sekolah.
Belum pun setahun, cabaran datang lagi untuk mempunyai domain dan hosting sendiri dan berpindah ke WordPress. Dengan semangat untuk terus belajar, tehramuan.blogspot.com berpindah ke Tehramuan.Com ini pada akhir September 2010 dengan domain dan hosting yang dihadiahkan oleh seorang rakan blogger yang pemurah.


Blog tehramuan mempunyai niche pantun dan pelbagai.Namun pelbagai info telah diselitkan bersama supaya entri lebih menarik dan unik.Boleh dikatakan sesuai dengan budaya orang Melayu yang berhemah dan berbudi serta berseni dalam berbicara.


Saya selalu singgah ke blog ini untuk mendapat info terkini tentang isu semasa.Sudah semestinya saya juga ingin mendapat entri tentang pantun.Pelbagai komen yang dilontarkan oleh para pengunjung.Ada yang turut berpantun dan ternyata cara ini cukup meriah jadinya.Pengomen yang suka berpantun ialah Suri dan Ummikami.Insya Allah saya akan review blog mereka nanti.


Akhir kata saya ingin menitipkan beberapa pantun sebagai tanda penghargaan kepada tuan punya blog tehramuan yang sudi singgah beberapa kali ke laman blog saya.



Sungai di kuala banyak ikan,
Ikan berasal dari bendang;
Terima kasih saya ucapkan,
kerana sudi datang bertandang.



Dari kuching ke bandar Miri,
Mencari kekasih keturunan nonya;
tehramuan unik dan tersendiri,
hinggakan saya tertanya tanya.



Penyanyi terkenal Justin Bieber,
Seluruh dunia terpaku mata;
Selamat berkenalan di alam siber,
Moga berjumpa di alam nyata.


ps:Maafkan saya jika terkasar bahasa dan terlajak kata yang bisa menguris jiwa.Mohon permisi di sini.

pps:Sudi-sudilah  sumbangkan tip kepada Paypay saya.

Review blog http://justkhai.com

0

Saya tidak layak juga sebenarnya untuk menilai blog ini yang terkenal dan mendapat nama dikalangan para blogger.Namun dengan rasa rendah hati saya niatkan untuk belajar dan mencontohi sesuatu perkara yang telah berjaya.

Blog justkhai ini diusahakan Khai: Seorang lulusan jurusan Creative Multimedia di Limkokwing University of Creative Technology, Cyberjaya. Grad pada tahun 2008 yang lalu.

Niche blog ini lebih kepada review produk.Tiap kali review produk yang diceritakan pasti mengamit emosi bakal pembeli.Entri yang ditulis memang santai dan relevan dengan bahasa orang muda.Warna latar belakang ceria dan ini mengambarkan watak penulis itu sendiri.

Kepada mereka yang belum singgah ke laman blog khai jangan malu-malu.Segeralah berbuat demikian supaya dapat info yang pasti memenuhi keperluan saudara/saudari.

Saya tutup review blog justkhai ini dengan beberapa rangkap pantun yang saya ciptakan khusus untuk entri kali ini.


Awan hitam awan kelabu,
Pasti hujan dipagi hari;
Blog cantik menawan kalbu,
Entri terbaik memenuhi naluri.



Putera raja melamar puteri,
Cantik menawan berkenan bonda;
Produk review niche diberi,
Menjadi kegilaan anak muda.


Bakar arang menjadi bara,
Asapnya banyak kayu gaharu;

Peminat ramai tak terkira,
Tengah menunggu entri terbaru.

ps:Mohon permisi.Salah dan silap harap dimaafkan.


Cerita Tentang Duit

5

Duit adalah keperluan utama dalam kehidupan harian.Dengan adanya duit boleh menyara kehidupan bagi melengkapi keperluan asas seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal.
Kekurangan atau ketiadaan duit menjadi pencetus kepada pergolakan dalam serba serbi kehidupan.Lihat kepada isu rumahtangga sehingga kepada isu global.Masalah pengangguran,jenayah dan pelbagai rentetan masalah sosial maupun ekonomi.Memang ngeri untuk dibayangkan jika masalah tiada duit bermahajarela dalam masyarakat.
Setiap masalah sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.Sama seperti orang sakit.Sudah semestinya ada ubat sebagai penawar.

Antara langkah yang saya sarankan untuk mengatasi masalah duit ialah seperti berikut:

1.Bekerja makan gaji.
Jangan merasa rendah diri jika kita bekerja makan gaji meskipun upah yang kecil.Kita bekerja mencari duit yang halal.Impak besar apabila kita bekerja tidak lain tidak bukan kita sudah tidak menyusahkan orang lain.Terutamanya kepada atau pasangan bagi yang sudah berumahtangga.

2.Berniaga kecil-kecilan
Sebelum menjadi tauke besar mulakan dengan menjadi tauke kecil.Berniaga sudah diakui ramai boleh menghasilkan duit sama ada sedikit maupun banyak.Hukum berniaga mudah.Ada masa untung dan ada masa rugi.Jadi terpulang kepada empunya diri untuk mengawal duit yang diperolehi.

3.Berkarya dengan bakat
Tidak ramai yang sedar setiap individu ada bakat untuk diekploitasikan menjadi sumber duit.Suara sedap dan merdu boleh menjadi penyanyi.Ada bakat seni boleh menjadi pelakon,pelawak dan pengacara.Mahir menulis buat buku,blog dan penulis bebas.Bahkan ada bakat memasak boleh menjadi chef di hotel lima bintang.Bakat sukan boleh digilap untuk mendapat pingat di olimpik.

Setakat ini dulu perkongsian saya tentang duit.Saya lanjutkan lagi dengan beberapa rangkap pantun bertemakan duit.


Cahaya ufuk berbalam-balam,
Indahya suria menyinari permata;
Cari duit siang dan malam,
Habiskan duit sekelip mata.




Pohon selasih tumbuh berkait,
Subur menghijau halaman Syikin;
Kalaulah daun umpama duit
akan kupetik sebanyak mungkin.


Gagah perkasa datuk panglima,
Datang berjuang di waktu malam;
Duit bukan segala-galanya,
ada batasan halal dan haram.

Talian Internet Terlalu Perlahan

4
Nampaknya saya menghadapi satu cabaran yang cukup hebat.Saya sudah merancang untuk bergiat serius dalam kerjaya online sama ada sebagai Blogger,Usahawan Internet dan Internet Marketer.Permulaan yang kurang memberangsangkan kerana saya menggunakan perkhidmatan Penyedia Internet berjenama M.

Isyarat yang berlegar di kawasan Kota Samarahan Sarawak adalah GPRS.Teknologi EGDE dan yang sewaktu dengannya jarang-jarang diperolehi.Situasi ini menyebabkan saya tidak dapat sambungan internet ke Google,Yahoo dan Bing dengan lancar.Jadi bagaimana nak menyelusuri laman web yang dihendaki.

Saya sudah beberapa kali membuat aduan ke talian bebas tol.Jawapan mereka masalah ini akan selesai dalam masa 24 jam.Namun saya tidak boleh menunding jari kepada mereka untuk menyatakan mereka salah 100 peratus  dalam situasi ini.Masih ada syarikat C dan D sebagai pilihan lain.Saya sahaja yang belum mampu untuk bertukar talian dalam masa terdekat ini.Penukaran melibatkan kos ringgit bertambah.

Jalan terbaik saya cuba bersabar.Mana tahu ada hikmah disebaliknya.Setiap kejadian menyatakan mesej kepada kita supaya gunakan akal dan bukan menggunakan emosi.Akal yang bijak harus berada di atas untuk menguasai emosi yang dangkal itu.

Sebagai pengubat hati yang lara dan geram saya menukilkan beberapa pantun nasihat.Moga-moga saya dan pembaca dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah dan pantun tersebut.


Bawa bekal pergi ke taman,
Bekal dibungkus dalam guni;
Sabar itu separuh dari iman,
Tanda kuatnya hati nurani.


Pemuda tampan ada gayanya,
Membawa keris bersama galah
Hati gelisah ada penawarnya,
Mari bertenang ingatkan Allah.


Buah saga berwarna merah,
Elok dibuat hiasan lara;
Apa guna marah-marah,
Nanti syaitan riang gembira.

Cabaran Mencari Duit Di Internet

3
kesihatan
Memang diakui mencari duit melalui internet bukan perkara mudah.Namun ada yang telah berjaya sehingga meraih pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan.Malah ada yang sudah mencapai taraf jutawan menerusi medium internet.

Dalam pada itu ramai yang tersungkur,tumpas dan akhirnya berputus asa mengejar cita-cita.Golongan ini berpendapat mencari duit melalui internet terlalu mustahil,sukar dan membuang masa.Mereka telah mencuba sekerat jalan.Melabur sedikit duit dan masa.Akhirnya tiada keputusan yang memuaskan.

Golongan otai internet mengakui cabaran mencari pendapatan terdiri daripada:

1.Tiada pengetahuan dan maklumat.

Internet itu sendiri gedung ilmu dan maklumat yang kita boleh perolehi secara percuma.Orang rajin dan mempunyai keazaman yang tinggi pasti boleh berjaya .

2.Tidak fokus dengan apa yang mereka lakukan.

Rata-rata orang yang berkecimpung dalam bidang internet tidak fokus.Sekejap buat benda lain.Lain masa buat kerja lain pula.

3.Terikut-ikut dengan kawan

Memang tidak dinafikan manusia adalah makhluk yang paling mudah terpengaruh.Apa yang orang lain buat akan diikuti tanpa memikirkan baik dan buruknya.Kadang-kadang perkara yang mereka lakukan tidak sesuai dengan jiwa dan kemampuan mereka.Lain orang lain cara.Rezeki lain lain.


Setakat ini dulu perkongsian saya buat masa ini.Sudah pasti saya akan mengaitkan dengan beberapa rangkap pantun berkaitan duit.


Ubat batuk rasanya pahit,
Ditelan bersama seketul halia,
Sana duit sini duit,
Kerana duit orang bahagia.


Anak muda jumpa matair,
Siap berhias pakai seluar;
Duit itu seperti air,
Sentiasa masuk dan keluar.


Batang Rejang airnya tenang,
Airnya mengalir ke hulu Kapit;
Ada duit menjadi senang,
Tiada duit menjadi sempit.

Sakit mata yang berlarutan

0

Salam ceria,

Saya tidak menduga sama sekali saya menderita sakit mata agak teruk kali ini. Selepas bangun tidur saya merasakan tahi mata agak banyak berbanding biasa.Tanpa membuang masa saya bergegas ke klinik kesihatan yang berdekatan sekitar jam 3 petang.

Setelah melalui prosedur pemeriksaan saya memang disahkan mengalami sakit mata yang mudah berjangkit.Saya diberi ubat titis mata Chloramphenicol dan pil kecil Chlorpheniramine serta pil besar iaitu paracemol.Apa yang menariknya ubat-ubat ini boleh diambil apabila perlu sahaja.

Setelah tiga hari kesakitan mata mula terasa.Demam selesema menjadi pakej pelengkap.Dikala sakit begini saya mula merasakan bahawa nikmat sihat.Sepatutnya saya mensyukuri apa apa pemberian yang Allah SWT kurniakan selama ini.

Mata saya semakin merah dan pedih.Saya terpaksa lebih kerap menitiskan ubat mata.Saya risau penyakit mata saya ini berjangkit kepada ahli keluarga.Memang benar isteri saya terus terkena jangkitan selang sehari.Sehingga hari ini saya terus berusaha untuk memulihkan keadaan.

Dicelah-celah ruang waktu yang  terbatas dengan demam dan derita sakit mata saya cuba menghasilkan beberapa rangkap pantun yang bertemakan mata.

Kisah Awang mencari Dayang,
Kekasih hati duduk di jeti;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Gadis seberang menjadi rebutan,
Cantik menawan renungan mata;
Hati-hati angkara syaitan,
Biasanya mata menjadi senjata.

Sayup-sayup anjing menyalak,
Kerana diikat di pohon jati;
Kalau hendak mengenal akhlak,
Lihatlah diri dengan mata hati.

Hobi baru : memelihara ikan koi

2

Salam sejahtera

Hobi memelihara binatang merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan .Dikatakan hobi begini menjadi terapi minda yang cukup hebat.Pengemar ikan contohnya merasa tenang dan bahagia setelah melihat ikan makan,berenang-renang dan bertindak balas dengan tuannya.

Pada mulanya saya sendiri tidak menyedari saya berminat dengan haiwan ternakan ini.Baru-baru ini ada anggota keluarga membeli anak ikan koi beserta akuarium.Ada 3 ekor dengan warna yang berlainan.Kelibat ikan-ikan ini cukup mengembirakan saya terutama ketika memberi makanan.Malahan setiap hari ikan-ikan ini seolah-olah meminta makanan setiap kali saya melintasi akuarium sama ada pada waktu pagi maupun petang.Tidak keterlaluan dikatakan sudah wujud rasa kasih sayang dengan anak ikan koi tersebut.

Antara rutin harian yang saya lakukan  dengan anak ikan koi memberi makan tiga ke empat kali sehari.Seminggu sekali menukar air dan membersihkan akuarium.Tujuannya supaya ikan sentiasa dalam air yang bersih dan cukup oksigen.Ini merangsang pertumbuhan ikan dengan lebih cepat dan sihat.

Akhirnya tercetuslah idea saya untuk mencipta beberapa rangkap pantun yang bertemakan ikan.Mudah-mudahan dapat menghiburkan minda dan memperkayakan lagi koleksi pantun dalam blog ini.

Awan mendung di ufuk barat,
Bayu senja berarak mega;
Ikan di laut asam di darat ,
Dalam kuali bertemu juga.

Mengail ikan di pulau Tioman,
Umpan dimakan ikan sembilang;
Waktu lapang bersama teman,
Hati senang bertambah girang.

Pendekar berdiri keris terhunus,
Menentang musuh dalam hutan;
Kisah tauladan Nabi Yunus,
Ditelan ikan tengah lautan.

Proses BelajarTarik Trafik ke blog

0

Salam ceria dan bahagia!



Sudah menjadi hukum dunia bahawa setiap perkara perlu dipelajari dahulu sebelum kita mengetahui dan menjadi mahir.Proses belajar ini berbeza-beza mengikut kemampuan akal,keinginan dan faktor persekitaran.Ada yang cepat sepantas kilat.Tidak kurang juga yang lambat umpama kura-kura.

Namun tujuan belajar adalah sama.Destinasi tetap sama.Terpulang sampai atau tidak bergantung kepada nilai dan cara berfikir  seseorang.Orang berjaya boleh sampai ke tempat yang diinginkan.Orang gagal sudah tentu tersungkur di pertengahan jalan.

Alhamdullilah pada waktu ini berpeluang untuk saya belajar tarik trafik ke blog setelah mendapat info dari beberapa blog yang saya lawati.Kebanyakan mereka mengaplikasikan sendiri ilmu ini sebelum dikongsikan kepada pelawat di blog mereka.Sudah tentu ada yang berkesan dan perkara ini telah disepakati oleh para blogger secara tidak langsung.

Antaranya ialah:

Melawat blog ke blog

Aktiviti melawat blog dikenali sebagai blog walking.Ketika melawat silalah baca dan buat komen pada ruangan yang disediakan.Tinggalkan nama dan email serta laman blog sendiri seperti yang dihendaki.Cuba elakkan untuk mempromosi blog sendiri secara langsung.Takut-takut empunya blog mengelar kita sebagai gelojoh dan kurang beradap sewaktu berkunjung ke laman orang.Saya amat menyarankan blog ini wajar dikunjungi.

Antaranya blog denai hati,justkhai,tehramuan,smartusaha dan banyak lagi.

Mengemaskini blog secara konsisten

Rata-rata blog yang saya lawati dikemaskini setiap hari.Keadaan ini pasti mengumpan pelawat untuk datang kerap kali.Mereka akan rasa kerugian jika tidak mengikuti perkembangan blog yang kita kemaskini tersebut.Namun begitu saya cukup faham ada dikalangan kita memang sibuk dan tiada kesempatan untuk berada dalam talian selalu.Jadi kemaskinikan blog seminggu sekali.Paling tidak pun sebulan ada empat kali.

Penulisan entri yang berinformasi

Tujuan pelawat ke blog kita cukup jelas.Mereka dahagakan informasi yang boleh menyelesaikan masalah yang dideritai.Ini bermaksud blog-blog yang menjadi tumpuan ramai mempunyai informasi yang berguna,segar dan praktikal untuk diamalkan.Semua perkara ini mereka mahu secara percuma.Sudah menjadi azali manusia suka perkara percuma.Beli dua dapat percuma satu.Jadikan niat untuk menyebarkan maklumat bermanfaat yang percuma itu satu ibadah.

Mempromosi menggunakan media sosial

Kita hidup bermasyarakat.Terlalu mustahil hidup keseorangan itu bahagia.Malah orang yang hidup sebatang kara pun masih perlukan manusia lain untuk berbual dan menghilangkan kesunyian.Mungkin keperluan ini menjadi ilham kepada pengasas media social seperti Facebook,Tweeter dan sewaktu denganya.Jadi kewujudan Facebook dan Tweeter yang menjadi fenomena dewasa ini harus dimanfaatkan.Guna media social ini sebagai medan mempromosi blog sendiri atau kawan-kawan.Siapa yang paling kuat usaha promosi dialah yang berhak untuk mendapat kebanjiran trafik  ke blognya.

Sebagai penutupnya saya akan kongsikan beberapa rangkap pantun untuk santapan hati dan mainan emosi.Itupun saya usahakan sedaya upaya supaya maksud pantun menepati entri blog yang tuliskan ketika ini.

Anak kecil menangis  malam,
Ibubapa mata bersengkang mata;
Adat berkunjung memberi salam,
Salam diterima mesra dipinta.

Air yang tenang ada udang,
Udang dipanggang atas bara;
Pelawat datang memang diundang,
Pasti membawa khabar gembira.

Kain songket seni sulaman,
Hanya dipakai orang kaya;
Hanya blog tempatku berkarya,
Wadah teknologi peredaran zaman.



Copyright © Blog Pantun Melayu

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog