Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.

Sakit mata yang berlarutan

0

Salam ceria,

Saya tidak menduga sama sekali saya menderita sakit mata agak teruk kali ini. Selepas bangun tidur saya merasakan tahi mata agak banyak berbanding biasa.Tanpa membuang masa saya bergegas ke klinik kesihatan yang berdekatan sekitar jam 3 petang.

Setelah melalui prosedur pemeriksaan saya memang disahkan mengalami sakit mata yang mudah berjangkit.Saya diberi ubat titis mata Chloramphenicol dan pil kecil Chlorpheniramine serta pil besar iaitu paracemol.Apa yang menariknya ubat-ubat ini boleh diambil apabila perlu sahaja.

Setelah tiga hari kesakitan mata mula terasa.Demam selesema menjadi pakej pelengkap.Dikala sakit begini saya mula merasakan bahawa nikmat sihat.Sepatutnya saya mensyukuri apa apa pemberian yang Allah SWT kurniakan selama ini.

Mata saya semakin merah dan pedih.Saya terpaksa lebih kerap menitiskan ubat mata.Saya risau penyakit mata saya ini berjangkit kepada ahli keluarga.Memang benar isteri saya terus terkena jangkitan selang sehari.Sehingga hari ini saya terus berusaha untuk memulihkan keadaan.

Dicelah-celah ruang waktu yang  terbatas dengan demam dan derita sakit mata saya cuba menghasilkan beberapa rangkap pantun yang bertemakan mata.

Kisah Awang mencari Dayang,
Kekasih hati duduk di jeti;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Gadis seberang menjadi rebutan,
Cantik menawan renungan mata;
Hati-hati angkara syaitan,
Biasanya mata menjadi senjata.

Sayup-sayup anjing menyalak,
Kerana diikat di pohon jati;
Kalau hendak mengenal akhlak,
Lihatlah diri dengan mata hati.

Related Posts On

No comments:

Post a Comment

Copyright © Blog Pantun Melayu

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog