Salam 1Malaysia,

Orang dulu-dulu pernah berkata kalau hendak seribu
daya,kalau tak hendak seribu dalih.Melihat kepada pepatah ini dapat kita
tafsirkan bahawa untuk mendapat sesuatu kita mesti berusaha mencari cara,kaedah
dan formula yang terbaik.
Proses ini pasti mengambil masa yang panjang.Menang benar
ramai orang yang sudah berjaya berpesan bahawa tiada jalan pintas untuk
berjaya.Bahkan orang putih turut mengambil pepatah iaitu ‘no pain,no gain’.
Amat wajar sekali sebagai insan biasa yang bercita-cita
untuk berjaya dalam apa jua lapangan bidang yang diceburi mengambil iktibar
pantun yang saya kongsikan dibawah ini.Memang benar medium untuk berjaya
sekarang ini memerlukan gajet-gajet teknologi.Perlu diingatkan kejayaan mesti
disertai dengan kemahiran dan pengetahuan.Pada dasarnya kita masih perlukan
‘tenaga’ sebagaimana pantun ini.
Berakit-berakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Kalau hujan sediakan payung,
Belum bersedia basah jawapnya;Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Mana mungkin mendapat sagunya.
Pagi-pagi membeli asam,
Buat bekal ke pulau berangan;Alang-alang memeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.
ps: Ingin memiliki website menarik sila layari di sini
No comments:
Post a Comment