Nampaknya saya menghadapi satu cabaran yang cukup hebat.Saya sudah merancang untuk bergiat serius dalam kerjaya online sama ada sebagai Blogger,Usahawan Internet dan Internet Marketer.Permulaan yang kurang memberangsangkan kerana saya menggunakan perkhidmatan Penyedia Internet berjenama M.
Isyarat yang berlegar di kawasan Kota Samarahan Sarawak adalah GPRS.Teknologi EGDE dan yang sewaktu dengannya jarang-jarang diperolehi.Situasi ini menyebabkan saya tidak dapat sambungan internet ke Google,Yahoo dan Bing dengan lancar.Jadi bagaimana nak menyelusuri laman web yang dihendaki.
Saya sudah beberapa kali membuat aduan ke talian bebas tol.Jawapan mereka masalah ini akan selesai dalam masa 24 jam.Namun saya tidak boleh menunding jari kepada mereka untuk menyatakan mereka salah 100 peratus dalam situasi ini.Masih ada syarikat C dan D sebagai pilihan lain.Saya sahaja yang belum mampu untuk bertukar talian dalam masa terdekat ini.Penukaran melibatkan kos ringgit bertambah.
Jalan terbaik saya cuba bersabar.Mana tahu ada hikmah disebaliknya.Setiap kejadian menyatakan mesej kepada kita supaya gunakan akal dan bukan menggunakan emosi.Akal yang bijak harus berada di atas untuk menguasai emosi yang dangkal itu.
Sebagai pengubat hati yang lara dan geram saya menukilkan beberapa pantun nasihat.Moga-moga saya dan pembaca dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah dan pantun tersebut.
Bawa bekal pergi ke taman,
Bekal dibungkus dalam guni;
Sabar itu separuh dari iman,
Tanda kuatnya hati nurani.
Pemuda tampan ada gayanya,
Membawa keris bersama galah
Hati gelisah ada penawarnya,
Mari bertenang ingatkan Allah.
Buah saga berwarna merah,
Elok dibuat hiasan lara;
Apa guna marah-marah,
Nanti syaitan riang gembira.
Home
→ Talian Internet Terlalu Perlahan
Talian Internet Terlalu Perlahan
About Me
Blog Pantun Melayu : Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.
Blog Pantun Melayu: Talian Internet Terlalu Perlahan -
Posted By: mrhanafi On: 17/01/2013
Blog Pantun Melayu: Talian Internet Terlalu Perlahan -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jumlah Paparan
Anda suka pantun
Link Kegemaran dan Pertukaran
Lihat Feedjit
Blogroll
Blogger templates
Peminat Budiman
Blogger news
Blogger templates
Feedjit
Empunya Diri
Mencari Blog ini
Popular Posts
-
Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk review blog Cahaya Cinta .Satu blog yang cantik dan bercirikan feminin.Gaya bahasa yang sedap untuk ...
-
Selamat bertemu kembali, Pada kali ini saya ingin berkongsikan 3 rangkap pantun yang berkonsep kasih sayang.Saya tahu ramai yang suka da...
-
Pemilik sah blog hairulafiz(dot)com ialah Saudara Hairul Hafiz Karim.Beliau mengakui masih beginer dalam dunia blog.Saya tabik hormat de...
-
Saya tertarik untuk singgah ke blog ini buat pertama kali kerana judul blog yang unik dan menarik.Ternyata isi kandungan memang...
-
Perasaan ingin tahu begitu berkobar-kobar sewaktu menjelajah ke blog ini buat pertama kali.Sebab yang jelas kerana nama blog yang lain se...
-
Salam pertemuan, Biar saya ceritakan sendiri bagaimana saya belajar merangkak dalam dunia blog.Sekarang pun masih dalam proses...
-
Salam motivasi. Kenderaan yang menjalar di jalanraya ketika ini memerlukan minyak untuk bergerak.Tanpa minyak kecuali kereta berenjin ele...
-
Duit adalah keperluan utama dalam kehidupan harian.Dengan adanya duit boleh menyara kehidupan bagi melengkapi keperluan asas seperti makana...
-
Saya tidak layak juga sebenarnya untuk menilai blog ini yang terkenal dan mendapat nama dikalangan para blogger.Namun dengan rasa rendah h...
aku dah alami semua ini
ReplyDeletepayah jejari mahu menari
sabar je la...
Sabar sahaja pilihan yang ada buat masa ini tuan.
Deletekena jawag dgn pantun jg ke ni huhuhu
ReplyDeletemoga cita2kan termakbul :)
tak semsti juga..dan terima kasih berdoa untuk saya.Amin.
Delete