Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.

Talian Internet Terlalu Perlahan

4
Nampaknya saya menghadapi satu cabaran yang cukup hebat.Saya sudah merancang untuk bergiat serius dalam kerjaya online sama ada sebagai Blogger,Usahawan Internet dan Internet Marketer.Permulaan yang kurang memberangsangkan kerana saya menggunakan perkhidmatan Penyedia Internet berjenama M.

Isyarat yang berlegar di kawasan Kota Samarahan Sarawak adalah GPRS.Teknologi EGDE dan yang sewaktu dengannya jarang-jarang diperolehi.Situasi ini menyebabkan saya tidak dapat sambungan internet ke Google,Yahoo dan Bing dengan lancar.Jadi bagaimana nak menyelusuri laman web yang dihendaki.

Saya sudah beberapa kali membuat aduan ke talian bebas tol.Jawapan mereka masalah ini akan selesai dalam masa 24 jam.Namun saya tidak boleh menunding jari kepada mereka untuk menyatakan mereka salah 100 peratus  dalam situasi ini.Masih ada syarikat C dan D sebagai pilihan lain.Saya sahaja yang belum mampu untuk bertukar talian dalam masa terdekat ini.Penukaran melibatkan kos ringgit bertambah.

Jalan terbaik saya cuba bersabar.Mana tahu ada hikmah disebaliknya.Setiap kejadian menyatakan mesej kepada kita supaya gunakan akal dan bukan menggunakan emosi.Akal yang bijak harus berada di atas untuk menguasai emosi yang dangkal itu.

Sebagai pengubat hati yang lara dan geram saya menukilkan beberapa pantun nasihat.Moga-moga saya dan pembaca dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah dan pantun tersebut.


Bawa bekal pergi ke taman,
Bekal dibungkus dalam guni;
Sabar itu separuh dari iman,
Tanda kuatnya hati nurani.


Pemuda tampan ada gayanya,
Membawa keris bersama galah
Hati gelisah ada penawarnya,
Mari bertenang ingatkan Allah.


Buah saga berwarna merah,
Elok dibuat hiasan lara;
Apa guna marah-marah,
Nanti syaitan riang gembira.

Related Posts On

4 comments:

  1. aku dah alami semua ini
    payah jejari mahu menari

    sabar je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar sahaja pilihan yang ada buat masa ini tuan.

      Delete
  2. kena jawag dgn pantun jg ke ni huhuhu

    moga cita2kan termakbul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semsti juga..dan terima kasih berdoa untuk saya.Amin.

      Delete

Copyright © Blog Pantun Melayu

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog