Satu usaha kecil untuk mempertahankan seni pantun dalam alam maya.

Cerita Tentang Duit

5

Duit adalah keperluan utama dalam kehidupan harian.Dengan adanya duit boleh menyara kehidupan bagi melengkapi keperluan asas seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal.
Kekurangan atau ketiadaan duit menjadi pencetus kepada pergolakan dalam serba serbi kehidupan.Lihat kepada isu rumahtangga sehingga kepada isu global.Masalah pengangguran,jenayah dan pelbagai rentetan masalah sosial maupun ekonomi.Memang ngeri untuk dibayangkan jika masalah tiada duit bermahajarela dalam masyarakat.
Setiap masalah sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.Sama seperti orang sakit.Sudah semestinya ada ubat sebagai penawar.

Antara langkah yang saya sarankan untuk mengatasi masalah duit ialah seperti berikut:

1.Bekerja makan gaji.
Jangan merasa rendah diri jika kita bekerja makan gaji meskipun upah yang kecil.Kita bekerja mencari duit yang halal.Impak besar apabila kita bekerja tidak lain tidak bukan kita sudah tidak menyusahkan orang lain.Terutamanya kepada atau pasangan bagi yang sudah berumahtangga.

2.Berniaga kecil-kecilan
Sebelum menjadi tauke besar mulakan dengan menjadi tauke kecil.Berniaga sudah diakui ramai boleh menghasilkan duit sama ada sedikit maupun banyak.Hukum berniaga mudah.Ada masa untung dan ada masa rugi.Jadi terpulang kepada empunya diri untuk mengawal duit yang diperolehi.

3.Berkarya dengan bakat
Tidak ramai yang sedar setiap individu ada bakat untuk diekploitasikan menjadi sumber duit.Suara sedap dan merdu boleh menjadi penyanyi.Ada bakat seni boleh menjadi pelakon,pelawak dan pengacara.Mahir menulis buat buku,blog dan penulis bebas.Bahkan ada bakat memasak boleh menjadi chef di hotel lima bintang.Bakat sukan boleh digilap untuk mendapat pingat di olimpik.

Setakat ini dulu perkongsian saya tentang duit.Saya lanjutkan lagi dengan beberapa rangkap pantun bertemakan duit.


Cahaya ufuk berbalam-balam,
Indahya suria menyinari permata;
Cari duit siang dan malam,
Habiskan duit sekelip mata.




Pohon selasih tumbuh berkait,
Subur menghijau halaman Syikin;
Kalaulah daun umpama duit
akan kupetik sebanyak mungkin.


Gagah perkasa datuk panglima,
Datang berjuang di waktu malam;
Duit bukan segala-galanya,
ada batasan halal dan haram.

Related Posts On duit

5 comments:

  1. Datang berjuang waktu malam,
    Bawa tombak dan juga keris;
    Ada batasan halal dan haram;
    Perlu dicongak sampai habis.

    ReplyDelete
  2. As salam,

    Kait langsat ternampak pinang,
    Dahan pelepah sudahlah kecut;
    Duit berat hati tak senang,
    Disimpan salah dibelanja kedekut.

    Hendak secubit asam berangan,
    Makan lepat halwa berinti;
    Banyak duit di dalam tangan,
    Tidakkan dapat dibawa mati. =)

    ReplyDelete
  3. kalau beriklan di blog tu masuk kat mana yek
    kiranya masyuk gak tu :)

    ReplyDelete
  4. smua org suka duit..
    tp duit xblh bwk kebahagian..
    kl xde duit lgsg blh berantakan..

    ReplyDelete

Copyright © Blog Pantun Melayu

Sponsored By: GratisDesigned By: Habib Blog